Sunday, April 3, 2011

DAP dah miring...hilang prinsip


Apa dengan DAP sekarang ini? Bukan setakat sekarang ini saja, DAP, seperti komponen-komponen pakatan pembangkang yang lain jelas sudah hilang pegangan kepada apa saja prinsip luhur yang perlu ada pada diri mereka yang ingin memimpin.

Masih kita ingat lebih 22 tahun dulu apabila skandal video seks yang menyebabkan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat D.P. Vijandran meletakkan jawatan?

Tanpa perlu mengupas pembabitannya dalam angkara tersebut, kita harus melihat kepada sikap proaktif beliau mengundurkan diri. Persoalan sama ada beliau bersalah di segi moral tidak boleh disangsikan, tetapi prinsip sebagai seorang pemimpin yang patut dilihat.

Justeru itu, kita lihat pula skandal video seks terbaru yang menggegarkan negara sejak kebelakangan ini.

‘Politik pelembahan,’(gutter politics) itulah yang disifatkan Ahli Parlimen ‘maverick’ Padang Serai N.Gobalakrisnan baru-baru ini tentang pendirian DAP berhubung klip video seks yang dikata membabitkan seorang pemimpin utama di kalangan mereka

Apa yang dilemparkan Gobalakrishnan bukan sesuatu yang dilakukan secara melulu.

Beliau menimbulkan kembali pendirian DAP ketika itu mendesak Vijandran dan juga bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu meletakkan jawatan.

Katanya, “DAP mendedahkan video seks Vijandran dan memberikan justifikasi di atas nama kepentingan awam, hinggakan mendesak bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu meletakkan jawatan.

Itu belang dulu mereka, tetapi kini menurutnya DAP memekik daripada kehinaan ‘politik pelembahan’ apabila video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan.

Dalam hal ini Gobalakrishnan berkata jelas DAP bukan saja berdiri di premis kemunafikan, malahan sekali gus menonjolkan sikap dwistandard mereka apabila persoalan negatif membabitkan seorang daripada mereka ditimbulkan.

Juga tepat sekali DAP mempunyai ingatan selektif.

Mereka sepatutnya mengakui kesalahan dalam isu berkenaan.

Kini terbuktilah belang sebenar mereka – bersedia mengetepikan prinsip-prinsip yang dipegang semata-mata bagi mencapai cita-cita politik.

No comments: