Thursday, February 10, 2011

Apabila Amerika meneriakkan demokrasi di Mesir, semua percaya bulat-bulat...



Siapakah yang disokong oleh PAS apabila mengadakan demonstrasi baru-baru ini bagi menggesa Presiden Mesir Hosni Mubarak meletakkan jawatan?

Jika diteliti, apa yang berlaku di Mesir merupakan agenda licik Israel dan Amerika untuk melemahkan lagi negara tersebut.

Walaupun tidak dapat disangkal Hosni Mubarak menjadi sekutu kedua-dua negara berkenaan dan begitu buta terhadap kehidupan terhimpit rakyatnya, namun agenda licik pengaruh luar itu amat menyerlah dalam krisis yang melanda Mesir.

Di satu penjuru mereka melihat Hosni sebagai kuasa tidak demokratik yang menekan hak asasi rakyat sendiri walaupun hakikatnya presiden Mesir itu disokong kuat Amerika sebelum ini, terutama dari segi pembiayaan pertahanan.

Dalam pada itu, di tengah-tengah kancah pergolakan terkini mereka juga mengajukan penyerlahan Mohamed ElBaradei sebagai teraju bagi menggantikan Hosni walaupun latar belakangnya jelas terlukis persekongkolan dengan Israel dan Amerika.

Jadi apakah sebenarnya yang berlaku di Mesir?

Nyata rakyat Mesir yang berdemonstrasi itu hanya mahukan perubahan bagi melegakan cengkaman ekonomi ke atas kehidupan mereka, tidak kira siapa yang mengambil alih kepimpinan.

Oleh itu persoalan mengenai peranan atau ‘hasutan’ Al-Ikhwan (Ikhwan Muslim), Mohamed ElBaradei atau elemen-elemen lain sekadar isu yang sengaja digembar-gemburkan sesetengah pihak bagi mengelirukan fokus terhadap masalah sebenar, iaitu rasa dahaga rakyat Mesir kepada kehidupan yang lebih lega.

Rasa dahaga inilah yang dipergunakan sepenuhnya oleh Israel dan Amerika Syarikat untuk memantapkan agenda strategik mereka di hab imperialisme mereka di rantau timur tengah itu.

Usaha kesinambungan agenda untuk mengelirukan keadaan menjadi semakin terserlah apabila akhbar British The Telegraph hari ini (sini) menyiarkan laporan Wikileaks yang membocorkan amaran pegawi-pegawai Amerika Syarikat dan Rejim Israel bahawa Mohamed Elbaradei bersikap terlalu lembut terhadap Iran dan justeru itu dilihat sebagai “sebahagian daripada masalah” dalam pergolakan Timur tengah.

Mereka dikatakan bimbang Mohamed yang pernah menjadi ketua Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) sekadar melepaskan batuk di tangga apabila berhadapan dengan Iran dan jelas gagal menyiasat sepenuhnya program tenaga nuklear negara Islam itu.

Pada Oktober 2007 para diplomat Amerika dimaklumkan oleh pegawai-pegawai perisikan Israel yang mendapati Mohamed menganggap dirinya sebagai orang tengah bagi membawa keamanan, dan dikelilinginya kakitangan yang hanya mampu mengikut segala kehendaknya.

Maklumat yang dibocorkan Wikileaks itu seterusnya berkata, “ Mohamed melihat dirinya sebagai pententeram seperti Dalai Lama. Oleh yang demikian Amerika Syarikat perlu mengambil langkah untuk menghakis sokongan kakitangan yang mengekalkan kesisnambungan keyakinannya.”

No comments: