Monday, February 21, 2011

Akhirnya ada juga blogger terpanggil menonjolkan dakwaan Zambry amal kronisme di Perak


Blogger Another Brick in the Wall (sini) kini mendedahkan pelbagai rungutan dan keresahan di sebalik tembuk-tembuk komersial dan di setiap penjuru di pejabat Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sebenarnya, bukan dia seorang saja yang terhidu segala keresahan ini, ramai yang lain seringkali dimaklumkan mengenai apa yang berlaku, tetapi oleh kerana berpegang kepada prinsip "bumi mana tidak ditimpa hujan...", blogger ini sejak beberapa bulan lalu sekadar memberikan kesemuanya 'benefit of the doubt.'

Bagaimana pun, apabila perkara yang sama ditimbulkan oleh Another Brick in the Wall, saya rasa sudah sampai masanya bagi UMNO negeri Perak bersama sekutunya dalam BN memberikan perkara ini fokus lebih serius sebelum ia menjadi kurap yang parah diubati.

Banyak kebaikan dan pembaharuan yang telah dan sedang di lakukan oleh Zambry, tetapi dalam kekalutan itu dia mungkin terhanyut dan leka, lantaran tidak sedar betapa dia mungkin telah terpesong daripada landasan murni yang asal.

Blogger ini memberikan nasihat yang tidak dipinta supaya Datuk Seri Zambry berhenti sejenak untuk merenung dan 'take stock' keadaan di Perak sebelum terlambat jika benar apa yang semakin digembar-gemburkan di kawasannya sendiri di Pangkor...di Seri iskandar...di Batu Gajah...

No comments: