Sunday, January 16, 2011



Seorang naib presiden MCA meminta PM dan JAKIM menggunakan isu azan sebagai peluang mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat (maksudnya masjid!) demi mengelak perselisihan faham di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Ini mencerminkan reaksi MCA dengan tidak secara langsung berbeza daripada pendirian "berdiam diri" sebelumnya dalam isu azan.

Senator Gan Ping Sieu berkata penetapan garis panduan tidak boleh disamakan sebagai mempersoalkan hak seseorang dalam hal kebebasan beragama dalam apa sahaja kepercayaan(tapi orang Melayu/Islam tidak pernah mempersoalkan isu berkenaan apabila membabitkan agama lain).

Katanya usaha itu membantu mengelak perselisihan berhubung isu-isu sensitif pada masa depan.

Dalam erti kata sebenarnya, isu Azan memang sengaja ditimbulkan MCA dan disokong kaum bukan Melayu lain sambil mengambil kesempatan slogan 1Malaysia untuk menyamaratakan semuanya.

Boleh ke diterima? Orang Melayu, terutama pemimpin Melayu jangan bagi betis lagi...

No comments: