Friday, January 28, 2011

Sejarah, Interlok dan Goblok



Dua premis perlu disentuh dan dikupas mengenai fakta sejarah bumi ini. Kedua-duanya mempunyai kaitan rapat dengan pandangan terbaru Tun Mahathir Mohamad.

Pertama mengenai tindakan menapis fakta sejarah dan kedua, usaha memesongkan sejarah bagi menyanjung sesuatu bangsa dan kuasa.

Pertama, perspektif Tun yang dilahirkan menerusi post terbaru pada blognya chedet.cc mengingatkan kita kebenaran pada ungkapan ahli sejarah Sepanyol-Amerika George Santayana bahawa "Mereka yang lupa akan sejarah akan terseksa dan didera untuk mengulangi kesilapan mereka berulang kali".

Tun melahirkan hakikat sekiranya kita membelakangi kenyataan dan fakta sejarah demi untuk memelihara sensitif sesetengah pihak - satu amalan yang begitu mendalam diamalkan oleh kuasa-kuasa penjajah bagi membentuk dan mengekalkan kegemilangan mereka di mata dunia, maka terkuburlah peluang bagi kita mencungkil kebenaran.

Dan bertolak daripada ini, sikap dan amalan pincang itu diperturunkan dan digunakan oleh kumpulan manusia yang dijajah sebagai acuan, lantaran memanjangkan perspektif dan fakta salah mengenai sejarah bumi yang dijajah.

Ini berlaku berkali-kali sepanjang zaman-zaman penjajahan semenanjung Tanah Melayu oleh pelbagai kuasa sejak dulu lagi.

Apabila kuasa kerajaan Hindu bertapak di sini, selain menebarkan pengaruh agama dan budaya mereka di sini dengan meluas, mungkin tidak kurang juga detik-detik kolonisasi itu diguna sebagai modal untuk dicatatkan sebagai sebahagian daripada sejarah yang menongkat kegemilangan empayar Hindu berkenaan di Tanah Melayu.

Dari situ maka tertanamlah perspektif pada minda sesetengah cendekiawan sejarah tempatan kononnya segala-galanya bermula daripada kaca mata pencatat sejarah yang mendukung kegemilangan negara si penjajah.

Sama juga apabila berlaku penjajahan oleh kuasa ketenteraan Portugis, Belanda Jepun, dan akhir sekali, British. Masing-masing mempunyai agenda untuk melakarkan sejarah secara tersendiri.

Apabila berlaku kontroversi mengenai novel "Interlok" karya sasterawan negara Abdullah Hussain yang ditulis sejak sekian lama, kononnya ia membawa kandungan terlalu sensitif dan menggugat perasaan kaum tertentu, maka timbullah pelbagai bantahan s pro dan kontra berhubung perkara tersebut.

Hakikatnya, jika sejarah disunting atau ditulis semula sekadar untuk mengelak daripada menyentuh sensitiviti sesetengah pihak, apalah gunanya?

Manusia perlu belajar daripada sejarah. Perlu mengambil iktibar daripada segala kesilapan yang lampau. Dalam konteks ini sejarah amat berharga diutarakan sebagai pemangkin pelajaran mengenai sesuatu bangsa dan negara.

Bagaimanapun, dicelah-celah semua ini timbul pula tuduhan daripada segelintir cendekiawan tempatan yang enggan berganjak daripada kepompong pemikiran penjajah dalam aspek persejarahan.

Mereka mengecam keras tindakan membetulkan fakta-fakta sejarah oleh pengkaji-pengkaji sejarah tempatan yang mendapati apa ditulis oleh ahli-ahli sejarah British mengenai asal usul orang Melayu dan kronologi kependudukan semenanjung ini tidak benar, malahan salah sama sekali.

Kita tahu dengan menulis secara demikian ke mana arah kiblat mereka. Ia sekadar sebahagian agenda untuk sentiasa meletakkan nama penjajah British di persada paling tinggi supaya dikenang sepanjang zaman - tidak kiralah sama ada ia begitu pincang.

Kini hasil kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli sejarah tempatan sudah mula menunjukkan segala yang ditenggelami dan diselimuti oleh penjajah mengenai bumi ini.

Fakta dan penemuan terbaru ini amat mendalam dan empirikal - begitu menyeluruh hinggakan ahli-ahli sejarah terkemuka dunia, termasuk nama-nama seperti Stephen Oppenheimer sendiri begitu teruja dan tidak teragak-agak menyokong penemuan- penemuan tersebut.

Oleh yang demikian, sekiranya difikirkan secara logik dan rasional, bukankah tepat sekali kita mengekalkan fakta sejarah dan realiti dalam hasil-hasil sastera negara tanpa perlu membetulkannya demi menjaga sensitivi sesetengah kaum?
Jika kita akur dengan desakan supaya dibetulkan atau ditenggelamkan sesuatu karya di atas sebab-sebab tertentu, bukankah ia sama seperti tindakan pincang penjajah merakamkan sejarah untuk kepentingan diri sendiri?

1 comment:

Mohd said...

Rakyat Malaysia tahu bahawa kebanyakan daripada kaum India yg datang ke Tanah Melayu dahulu adalah dari kasta yang rendah seperti Pariah.
Sebelum adanya sistem tangki septik najis utk tandas di Malaysia, tandas2 di pekan2 semua adalah tandas tong taik yang diangkut hari2. Yang mengangkut taik itu adalah kaum India dari kasta Pariah.
Sekarang kerja mengangkat taik ini dah tak ada lagi. Maka keturunan India2 Pariah ini bertaburanlah di seluruh Malaysia. Ada yang jadi doktor, peguam, jurutera, guru, kerani dsbnya. Kalau di negara asal mereka tak usah haraplah boleh majukan dirimacam ini. Tapi dgn ehsan Kerajaan Malaysia mereka telah dapat meningkatkan kehidupan mereka. Golongan inilah yg tidak mahu asal-usul keturunan mereka diketahui umum. Malu kononnya.
Tapi kita tengok di Australia, orang putihnya berasa sangat bangga berasal daripada banduan2 yg telah dibuang negara dari Britain pada masa dahulu!
Ramai juga kaum India yg berkasta rendah ini telah menjadi Kristian utk mengelakkan kesan negatif kastanya.
Kaum India berkata sekarang di Malaysia tidak ada lagi kasta. Tetapi MIC sendiri akan hanya mengangkat pemimpin2 dari kasta yg tertentu sahaja. Bila orang India mahu mengahwinkan anak2 mereka, kasta diambil kira.
Kita tak boleh abaikan sejarah kita. Janganlah semuanya disorokkan dari pengetahuan ramai.
Tetapi Melayu mudah lupa ........