Friday, January 21, 2011

'Melayu' Singapura Menentang Mahathir?



Walaupun 'Melayu' Singapura kononnya tidak setuju dengan persepsi Tun Mahathir bahawa mereka hidup dalam kekangan, namun blogger ini rasa apa yang dikatakan itu adalah hakikat.

Tidak hairan mendengar reaksi sedemikian kerana kebebasan akhbar di sana amat terhad dan semua wajib patuh kepada agenda pemerintah.

Singapura kini cuba menanam kata-kata dalam mulut Melayu sana kerana tidak inginkan persepsi kesempurnaan negara itu dicemar realiti dan kebenaran.

Tindakan Tun bukan melalut, tetapi berdasarkan hakikat betapa seluruh diaspora Melayu perlu menyedari ancaman kepada bangsa ini, termasuk di tanah Melayu seberang sana.

Takkan kita hanya berpeluk tubuh dalam memperjuangkan nasib bangsa? Takkan kita akan membiarkan Singapura menghakimi kedaulatan dan integriti kita seolah-olah mereka serba sempurna?

Sejarah tidak boleh diubah walaupun mungkin berubah. Realitinya tanah Melayu Singapura siapa yang punya?

No comments: