Tuesday, January 11, 2011

Dan Kandungan Sastera Melayu Pun Perlu Ditentukan Kaum Lain...



Sasterawan Melayu Abdullah Hussain pengarang novel kontroversi “Interlok” yang sengaja dijadikan kontroversi oleh segelintir aktivis daripada kaum India Malaysia menangis apabila diberitahu buku tersebut dibakar.

Tindakan itu menunjukkan betapa bukan segelintir Melayu begitu melampau hinggakan sastera Melayu pun perlu menurut kehendak mereka.

Tidakkah kita sedar bagaimana mereka ibarat diberi betis hendak paha, dan kini bila mendapat paha, suara hati Melayu pun perlu ditentukan oleh mereka.

Dahlah daripada aspek agama, orang Melayu kini perlu tunduk kepada kemahuan mereka termasuk mengiakan keluar masuk mereka di surau dan masjid dengan cara biadab, akur kepada kehendak berhubung murtad, sementara laungan azan pun mereka kecam kononnya menggugat ketenteraman awam.

Hakikatnya nisbah kaum India jika dicampurkan kaum Cina hanya mencapai sekitar 32%. Mereka bukan majoriti. Tak masuk akal alasan yang diberikan.
Apa motif sebenar mereka?

Hairannya, ada pula orang Melayu yang bersekongkol dengan mereka dalam Pakatan turut hadir pada upacara menyerang sasterawan Melayu. Bingung kita dibuatnya.

Dalam hal ini sudah tiba masanya seluruh sasterawan Melayu menyedari betapa kita kini menumpang di tanah sendiri. Hampir segala-galanya perlu mendapat "restu" bukan Melayu termasuk institusi raja, perlembagaan, kedudukan agama Islam, dan lain-lain lagi walaupun segala-galanya tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan negara. Mereka sangka Perlembagaan di tulis oleh UMNO agaknya.

Masihkah kita ingat arah mana sasterawan Melayu berkiblat sewaktu kemuncak reformasi? Ada di antara mereka yang bertindak melampau sehingga menimbul persoalan siapa yang benar. Keliru habis kita semua.

Masihkah ingat di Bukit Selambau ketika sasterawan Melayu muncul berceramah menyokong India PKR?

Apakah sasterawan itu menyesal sekarang? Atau dia sama juga seperti sesetengah individu politik yang boleh menjustifikasikan apa jua parti politik yang dianggotainya asalkan mendapat publisiti dan dapat melepas geram tak kira apa akibat kepada maruah dan taraf kesusasteraan bangsa?

Bukankah sasterawan Melayu juga yang menghina Tun Mahathir melalui novel" Shit" nya kerana tidak mengampu brother Anwar yang ketika itu dianggap pahlawan suci? Atau hanya bagi memuaskan nafsu orang-orang tertentu untuk menundukkan Hamid Othman?

Walaupun semua ini berlaku kerajaan masih tetap memilih novel hasil sasterawan Melayu untuk sekolah menengah. Butakah kita semua?

Siapa yang tidak prihatin dan menghina sastera Melayu? Bukan kerajaan.

Kita semua perlu berlaku adil jika mahu membentuk masyarakat adil dan sejahtera.

Jangan biarkan kelompok yang kaya dan berpengaruh sahaja menguasai minda dan pemikiran kita. Jangan kerana peribumi yang kebetulan masih kurang kekuatan ekonomi dihina. Tiada makna mereka menjadikan peribumi majoriti kalau bilangan besar tidak dihiraukan dan kita turut hanya memuliakan yang kaya dan petah memutarbelitkan isu dan fakta demi kebencian yang tidak berasaskan ketamadunan.

Dalam usaha menjulang dan menghormati sumbangan sasterawan Melayu kerajaan menyediakan kepada mereka dengan rawatan kelas 1 di hospital, selain pelbagai anugerah sebagai menghargai usaha mereka.

Masihkah mereka tidak sedar? Jika ini pun tidak mencetuskan sesuatu dalam minda mereka bayangkan apa yang terbentuk pada pemikiran anak-anak muda Melayu yang menghayati hasil penulisan mereka?

1 comment:

Anonymous said...

""Dan Kandungan Sastera Melayu Pun Perlu Ditentukan Kaum Lain...""

Tajuk, TEPAT SEKALI......