Sunday, December 5, 2010

Taktik licik Pakatan Rakyat menghidupkan semula keghairahan budaya demonstrasi jalanan



Melihat aksi kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi jalanan mengenai isu air Selangor berhampiran Masjid Negara sejak pagi tadi, blogger ini ketara merasakan cap jari ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim di mana-mana.

Fokus Masjid Negara yang dijadikan tumpuan para penunjuk perasaan mengimbau kembali taktik licik dan 'trade mark' Anwar Ibrahim sejak zaman "Mahasiswa Menggugat" di Universiti Malaya pada awal 1970an.

Menyorot krisis dan pelbagai kepincangan yang menghantui parti-parti komponen Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, sememangnya tidak silap jika kita membaca minda Anwar untuk mempolitikkan segala-galanya bagi kepentingan sendiri.

Selain itu ia juga taktik untuk menggugat kerajaan BN menjelang pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Strategi menggugat ini pendekatan lumrah ideologi komunisme yang antara lain menumpukan kepada usaha meruntuhkan fabrik sosial dengan menimbulkan pelbagai keresahan awam, terutama melalui tunjuk perasaan dan keganasan.

Oleh yang demikian pada peringkat ini pihak berkuasa perlu menangani dengan keras segala usaha itu kerana ia bakal mengkucar-kacirkan segala usaha memantapkan perpaduan melalui konsep 1Malaysia.

Pakatan Rakyat yang semakin berasa terhimpit oleh kemajuan dan sokongan kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengambil jalan ini untuk mengeruhkan keadaan dan menimbulkan semula rasa tidak puas hati serta kemarahan di kalangan rakyat.

2 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

salam tuan, Jumaat saya di Lenggong. berita Lenggong akan di tulis dalam artikel akan datang

Lenggong Valley said...

Terima kasih kerana sudi ke desa kami yang tak seberapa ini.