Friday, December 17, 2010

Sulaiman Taha ADUN Tenang Meninggal Dunia



Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham, 59 tahun sebelum itu menjalani rawatan di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana komplikasi penyakit kencing manis.

Menurut ketua UMNO Ampang Datuk Ismail Kijo allahyarham menghembus nafas terakhir pada 1.10 Jumaat.

Pada 23 November lalu allahyarham mengalami demam selepas menghadiri satu majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor.

Kerusi DUN Tenang terletak di kawasan parlimen Labis Johor.

No comments: