Wednesday, December 8, 2010

Anwar sengaja menggugat kehormatan parlimen Malaysia



Pada kira-kira pukul 2.50 tengahari tadi Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan hadirin di lobi Parlimen apabila beliau mengadakan pertemuan dengan seorang ahli senate dari South Australia Nick Xenophon.

Pertemuan yang seolah-olah sengaja dirancang untuk menggemparkan dan mengejutkan itu bermula di lobi parlimen sebelum mereka beredar untuk perbincangan tertutup.

Pada dasarnya pertemuan Xenophon dengan Anwar berserta Ahli Parlimen DAP Beruas Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Subang Sivarasah Rasiah dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali itu dilihat sebagai satu lagi usaha Anwar untuk menggugat kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman Malaysia berhubung kes liwat yang kini sedang dalam proses.

Xenophon di antara 50 ahli parlimen Australia termasuk Michael Danby yang memprotes supaya tuduhan ke atas Anwar digugurkan pada Februari tahun ini kononnya bagi mencerminkan "pemerintahan berkredibiliti oleh oleh kerajaan Malaysia.

Beberapa orang yang menyedari kunjungan Xenophon di lobi parlimen dengan sinis bertanyakan sesama sendiri apa erti istilah 'xenophobia' yang agak selari dengan nama ahli senate Austsralia Selatan itu.

Perkataan itu membawa erti kebencian mendalam terhadap orang luar, budaya luar, agama asing, dan tamadun orang luar.

2 comments:

Gelombang Rakyat said...

Saya Perjuangan..

SAYA amat tertarik dengan penulisan blog anda yang ternyata ada kualiti yang tersendiri.

Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.

SYABAS saya ucapkan buat anda kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.

Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan anda.

Saya berharap agar anda juga dapat linkkan blog saya di dalam blog anda agar perjuangan saya melalui penulisan blog dapat dikongsi bersama pengunjung.

Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Lenggong Valley said...

Terima kasih, tuan.

Saya menulis sekadar yg mampu.Saya akan masukkan link tuan ke dalam blog ini.