Thursday, November 25, 2010



Post terbaru Rocky Bru (di sini)yang bertanya sama ada anda pernah diminta memberi rasuah agak menarik disoroti...

Menurut Datuk blogger itu kita sering mengadu mudah diberi rasuah. Boss Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamad bertanya kepada para blogger pada satu dialog di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini sekiranya terdapat sesiapa yang pernah diminta memberi rasuah tahun ini.

Reaksinya, hanya SEORANG blogger daripada 30 yang hadir pada forum tersebut mengaku dia pernah dipaksa membayar.

Menurut Abu Kassim ujiannya amat ringkas. Di sebuah negara yang korup, setengah daripada mereka yang berada di dewan dialog tersebut akan mengaku pernah diminta memberi suapan atau pun pernah memberi rasuah.

Sehubungan itu, Abu Kassim berkata, " Kita tidaklah se-korup seperti yang dianggap, "

Ye, ke...?

No comments: