Tuesday, November 30, 2010

Apa jadahnya dengan teksi Kuala Lumpur?



Artikel di bawah yang dipetik dari portal berita online Malaysiaaktif menarik perhatian ramai...

TEKSI KUALA LUMPUR KOTORKAN IMEJ NAJIB.

Untuk ke sekian kalinya akhbar Utusan Malaysia telah mendedahkan perkhidmatan teksi di ibu negara yang biadab, penipu, kotor, samseng,cekik darah dan sebagainya.

Pada keseluruhannya pemandu teksi di bandar raya ini melambangkan imej sebuah negara yang tidak berdisiplin, rasuah, tidak cekap ,tidak berundang-undang dan tidak bertamadun di sebalik kehebatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mewarnakan Malaysia dengan segala peradaban dan pembangunannya.

Najib sendiri adalah English Gentleman tetapi pemandu pemandu teksi di negaranya tidak melambangkan peradaban pemandu London Teksi.

Orang yang bertanggungjawab membiarkan kerosakan Imej negara ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang pernah diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah ini tetapi memberikan berbagai alasan seolah-olah masalah ini tidak dapat diselesaikan buat selama lamanya. Kepandaiannya adalah menepis dengan menggunakan alasan undang-undang tetapi tidak pernah menyelesaikan masalah.

Bagaimanapun, suatu masa dahulu beliau bijak menyelesaikan masalah teksi di Kuala Lumpur apabila melibatkan tuduhan rasuah terhadap dirinya.

Silatnya dengan menggunakan alasan undang-undang telah banyak menutup kelemahan dirinya sebagai Menteri yang banyak membawa kerosakan kepada dasar dan imej negara kecuali kepada peningkatan popularitinya di dalam Parlimen dan juga di kawasannya.

Wartawan Utusan Malaysia melaporkan dari Jakarta bahawa perkhidmatan teksi di Jakarta sekarang adalah mengagumkan; teksi baru dan berkualiti, perkhidmatan cekap, pemandunya sopan serta terlatih hasil pengendalian sebuah syarikat yang dikenali sebagai Blue Bird.

Di Malaysia oleh kerana banyak masalah politik dan ramai pegawai JPJ dan Polis rasuah maka sekalipun khidmat teksi diswastakan, tidak ada keberanian mana-mana pihak untuk menunjukkan ketegasan bagi memperbaiki keadaan. Tepat sekali kepala berita Utusan Malaysia 29 November yang menganggap khidmat Teksi Kuala Lumpur telah menjadi BARAH.

Perkhidmatan teksi bandar raya Kuala Lumpur tidak melambangkan Perdana Menterinya yang kacak bersih dan sopan.

1 comment:

Anonymous said...

sangat2 setuju....perlu diperbaiki lagi sistem perkhidmatan teksi....