Tuesday, November 9, 2010

Anwar dan Azmin punca masalah PKR


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali punca masalah dalam parti tersebut.

Disebabkan itu, Datuk Zaid Ibrahim meminta kedua-duanya meletakkan jawatan.

Disebabkan faktor tersebut juga Zaid kelmarin mengumumkan perletakan semua jawatan dalam PKR selain menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Sambil menegaskan Pakatan Rakyat memerlukan kepimpinan baru, Zaid berkata, “Mereka perlu menarik diri.”

Apabila ditanya pemberita siapa yang sesuai menggantikan kedua-duanya, Zaid berkata, “Saya boleh menjadi pemimpin yang baik.”

Dalam perkembangan berkaitan, naib presiden parti Mustaffa kamil Ayub berkata beliau telah menyiapkan memorandum supaya pemilihan parti dibatalkan dalam masa 48 jam, dan sekiranya gagal tindakan lanjutan akan diambil.

No comments: