Tuesday, October 12, 2010

Saya cabar orang Melayu meluangkan sehari mengenali musuh dalam alam siber


Pilihanraya Umum 2008 dah lama berlalu dan keputusan yang diperolehi sepatutnya amat mengejutkan orang Melayu.

Sepanjang lebih dua tahun ini, heboh kita mendengar keluhan beberapa badan yang memperjuangkan kedudukan dan kebajikan Melayu tak kering gusi mengupas dan menyerlahkan pelbagai isu yang seharusnya menyentak semua lapisan masyarakat Melayu, dan bukan hanya orang UMNO.

Keputusan PRU 2008 perlu mengejutkan semua Melayu, tidak kira sama ada Melayu yang menyokong UMNO atau Melayu yang menyokong PKR, DAP atau PAS. Hakikatnya, perpecahan Melayu dalam berusaha memberi sokongan kepada pembangkang satu kejadian yang amat menyedihkan.

Daripada cuba membetulkan pelbagai kepincangan dalam UMNO sebagai teras perjuangan hak Melayu, mereka membelakangi bangsa sendiri dan memberi sokongan padu kepada pihak yang menentang.

Dan sekarang, apabila negara bakal menghadapi satu lagi pilihanraya umum, keadaan masih tidak berubah dengan orang Melayu rata-rata begitu alpa. Mereka terus alpa dan-seolah-olah amat benak hati untuk menyedari dilema yang menghantui kita.

Satu faktor yang menyebakan kebenakkan orang Melayu, terutama di kawasan luar bandar ialah sikap acuh-tak acuh untuk mengambil tahu apa yang berlaku di alam siber - dalam internet.

Walaupun kerajaan telah membelanjakan berbilion untuk membangunkan pelbagai kaedah IT termasuk rangkaian jalur lebar, kemudahan itu digunakan, tetapi bukan sebenarnya untuk meneruskan perjuangan Melayu, tetapi sekadar beriadah secara songsang di alam maya dengan menggunakan pelbagai kaedah rangkaian sosial Facebook, MySpace, Twitter, YouTube dan lain-lain.

Tuhan telah memberikan kita pelbagai kaedah tersebut untuk dimanfaat secara terbaik, tetapi tidak dipedulikan.

Jika pun kebanyakan Melayu luar bandar (atau pun di bandar) melayari internet melalui segala kemudahan mobile broadband atau talian tetap, namun apa yang paling tertarik pada mereka ialah beriadah. Mereka terus tersisih daripada arus deras hasutan dan cercaan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam yang mencurah-curah dipostkan dalam blog dan laman-laman web.

Kalau orang Melayu dibandar dan di kampung meluangkan hanya SATU hari melayari laman-laman yang mencerca dan memaki hamun orang Melayu dan agama Islam setiap saat, saya yakin dan percaya mereka akan sedar apa bahaya yang dihadapi.

Oleh yang demikian apa kata kalau saya cabar UMNO, PKR, dan PAS berkempen untuk mewujudkan satu hari membantu seluruh orang Melayu menyedari apa bentuk ancaman yang sedang menghadapi seluruh bangsa kita?

1 comment:

Si Pikun said...

SEMUA NIH BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI UNTUK MEMIKIRKAN...BTOL TAK HEHE