Wednesday, October 20, 2010

Saman saja Malaysian Insider...


Baru sebentar tadi blogger ini mendengar perbahasan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Syabas perlu diberikan kepada pembahas Puteri Kedah itu kerana begitu mulia mempertahankan BTN berikutan peristiwa yang membabitkan seorang pegawai BTN semasa berceramah di satu sessi TERTUTUP, tetapi dibolos masuk secara BIADAB oleh seorang wartwan Malaysian Insider yang tidak ber-etika dan seterusnya membuat cerita tak sedap.

Bagaimana pun, selain mempertahankan BTN, alangkah lebih baik lagi jika Puteri UMNO membawa akhbar online itu ke mahkamah kerana menceroboh?

No comments: