Wednesday, October 13, 2010

RPK melihat UMNO lebih hebat daripada PKR


Antara postnya dalam Malaysia-Today hari ini, Raja Petra Kamaruddin (RPK), melahirkan kekesalan melihat PKR tidak lain daripada sebuah parti politik yang digerakan oleh individu-individu yang tiada berprinsip dan tidak berintegriti.

Dua post berturut-turut dalam portal yang dikendalikannya itu seolah-olah membayangkan dia bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO - dengan UMNO dan BUKAN dengan individu-individu yang masih cuba meruntuhkan ideologi perjuangan bangsa Melayu itu.

Bagaimana pun, pihak yang dimaksudkan perlu berhati-hati melangkah dalam soal ini setelah ramai yang amat masak dengan taktik licik RPK tu.

1 comment:

Anonymous said...

Cara mudah, cepat dan ada kalanya berkesan untuk menampakkan diri dan rakan sepakatan sebagai lebih baik dari pihak lawan ialah dengan membuatkan lawan dipandang rendah, buruk dan hina.

Tetapi, pendekatan seperti di atas bukanlah dapat bertahan untuk tempoh yang lama apatah lagi kalau pihak yang lawan tadi mampu menterbalikkan persepsi rendah, buruk dan hina kepada persepsi tinggi, cantik dan budiman.

Keh-Keh-Keh