Saturday, October 23, 2010

Mereka hanya melihat keketoran dan keburukan dalam UMNO



Tidak, UMNO bukan kotor. UMNO hanya sekadar nama sebuah pertubuhan yang hakikatnya tidak bernafas walaupun mempunyai keupayaan untuk berubah, membesar dan membangun.

Tetapi, mereka yang mencemuh dan mengutuk orang Melayu tidak dapat lari daripada merelakan gravitasi membawa segala-galanya kepada satu lakaran bahawa yang jahat itu UMNO.

Jika diamati di sebalik retorik yang di sampaikan sempena Perhimpunan UMNO 2010 di PWTC sejak tiga hari lalu, kita dapat melihat di beberapa penjuru ahli biasa - ahli biasa daripada seluruh pelosok negara. Dari kampung-kampung terpencil dari kawasan-kawasan pedalaman yang bersusah payah datang ke Kuala Lumpur untuk mendengar apa yang disuarakan pemimpin parti.

Ratusan makcik-mak cik, mak teh, pak long, ada yang bertongkat, ada yang cacat, ada yang tidak dapat melihat bersejukan dilantai mar-mar tekun dan taat menghayati apa hala tuju parti kesayangan mereka itu.

Inilah yang ingin saya gemakan ekoran posting blogger Jebat Must Die di sini.

Inilah UMNO sebenar yang menjadi antara persada perjuangan Melayu.

Fikir-fikirkanlah...

No comments: