Wednesday, October 13, 2010

Ku Li menggalas BN di Galas


Menarik sorotan Aspan Alias (sini) mengenai pendirian Ku Li yang perlu digalas di PRK Galas!

Memang saya rasa amat tepat sekali sebagaimana diperjelaskan oleh Ku Li semalam. Beliau akur dengan peranan dan tugas yang diberikan tetapi dengan syarat segala-galanya diserahkan kepadanya tanpa campur tangan orang lain.

Nampaknya Ku Li meniup angin segar dalam pendekatan BN kali ini. Saya berasa bagus sekali saranan beliau supaya tidak lagi diwujudkan pusat berhimpun di kawasan berkenaan untuk pemimpin luar bertemu penyokong dan membuat bayaran titik peluh :)

No comments: