Monday, October 4, 2010

Kalau acara tu tertutup, tertutup la...tak faham-faham, ke?



Haa, dah dia orang mula mempersoalkan pula mengapa tak boleh melaporkan tentang acara tertutup, seperti mana wartawan murahan The Malaysian Insider, Boo Su-Lyn tanpa beretika dan tidak sopan menyamar diri masuk ke majlis Puteri UMNO di mana seorang pegawai BTN di undang untuk bercakap.

Tidak puas hati apabila mendengar rupanya 'heroine' mereka, si wartawan wanita setahun jagung itu begitu biadab melanggar ketatasusilaan pengumpulan berita, mereka lantaran menumpukan perhatian kepada isu 'majlis tertutup.'

Ada yang menghentam kerana majlis tersebut diadakan secara tertutup. Apa hal dengan mereka ini? Kalau orang nak buat secara tertutup bukannya salah. Dan ada pula yang mempersoalkan apa yang diperkatakan dalam majlis tertutup. Mengapa nak dipersoalkan? Kan, itu majlis tertutup, dan keadaan tertutup ketara menjelaskan ia tidak perlu diketahui umum.

Menyentuh tentang acara tertutup, apa pula dengan sesi-sesi keagamaan yang berlangsung samada dalam masjid, gereja dan sebagainya? Ada kalanya berpandukan lunas-lunas keagamaan seseorang yang memimpin tidak dapat lari daripada memesan hadirin supaya tidak tunduk kepada pengaruh agama tertentu, umpamanya. Dan dalam berbuat demikian ada kalanya perlu mengeluarkan ungkapan negatif di sana sini terhadap kumpulan, kaum atau agama tertentu.

Apakah ini juga perlu diketengahkan dan dicanang kepada awam, dan seterusnya dilabel sebagai rasis dan diskriminasi?

Perkara ini lumrah berlaku setiap masa, tetapi disebabkan peradaban kita menghormati hak seseorang dan had kebebasan, maka ia tidak diwar-warkan secara umum.

Bercakap tentang majlis tertutup, kebebasan bersuara, berekspresi dan bercakap secara berlapis, teringat saya ketika mengunjung kawasan membeli-belah Jalan Petaling di Kuala Lumpur, saya pernah diberitahu betapa sipeniaga mengeluarkan kata-kata yang menghina dalam bahasa sendiri. Mereka sangka saya tidak faham apa yang diperkatakan. Memang saya tidak faham bahasa mereka, tetapi isteri saya memahaminya kerana dia berpendidikan Cina! Dia memberitahu saya apa sebenarnya dikatakan oleh peniaga berkenaan. Apa saya buat? Kadangkala saya menegur juga, tetapi selalunya saya berdiam saja kerana keadaan tidak mengizinkan.

Oleh itu disebabkan inilah kita perlu menghormati apa jua majlis, acara atau perhimpunan tertutup demi kebebasan yang begitu kuat dilaungkan aktivis dan penyokong liberalisme.

No comments: