Tuesday, October 5, 2010

BN perlu bertanding di Galas


Saranan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya diberi laluan kepada PAS di PRK DUN Galas satu pemikiran yang cetek.

Rasional kononnya bagi memelihara perpaduan demi ukhuwah Islamiah tidak relevan kerana ia tidak mencerminkan penggarapan ke arah memantapkan sistem demokrasi di Malaysia.

Jika kita akur dengan cadangan Zulkifli itu, apa kesudahannya dengan masa depan demokrasi di Malaysia? Apa akhirnya akan berlaku memandangkan sekarang pun demokrasi dibicara dan menjadi bantal tinju oleh pelbagai pihak.

Bagaimana Zulkifli boleh berkata saranannya itu sebagai satu strategi pandang jauh?

Pilihanraya jangan lagi dilihat sebagai medan perbalahan, tetapi satu saluran yang sihat. Ia akan hanya memecah belahkan orang melayu jika niat seseorang atau sesuatu pihak untuk bertanding terbabas daripada tata susila dan peradaban. Saya yakin Islam tidak melarang pertandingan untuk memilih kepimpinan. Yang dilarang hanya kaedah yang diambil ke arah merealisasikan matlamat.

Kalau BN menang di Galas, buat masa ini sememangnya Kelantan masih berada di tangan PAS, tetapi setidak-tidaknya berganjak lagi parti komponen itu dalam menambah suara dan tenaga pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

Politik di Kelantan di antara BN dan PAS masakini tidak boleh dilihat sebagai sekadar matlamat untuk menguasai kemenangan secara keseluruhan. Apa yang penting memberi pilihan kepada pengundi dan disamping itu bertindak sebagai di antara komponen pengimbangan 'check and balance.'

"Menang sorak, kampung tergadai," kata Zulkifli. Apa yang tergadai jika hati kita ikhlas?

No comments: