Thursday, September 30, 2010

Strategi halus untuk memecahkan Melayu



Walaupun UMNO telah menafikan pembabitan dengan PERKASA berikutan kenyataan daripada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Teuku Adnan Mansor dan Nazri Aziz, namun masih ada pihak dalam media arus perdana begitu tegar dan terus mengaitkan kedua-dua badan tersebut.

Dengan menyamakan PERKASA dengan pertubuhan Tea Party di Amerika Syarikat, akhbar Sin Chew Daily memperlekehkan pemimpin UMNO kononnya tidak kesampaian menggunakan sepenuhnya keupayaan otak masing-masing.

Apa yang ditulis oleh Sin Chew itu mencerminkan ketakutan dan kebimbangan sekiranya PERKASA diterima secara rasmi. Rasa takut timbul berdasarkan hipotesis kononnya jika pihak sayap kanan dalam UMNO berganding dengan PERKASA di bawah sepanduk BN pada pilihanraya umum akan datang, imej PERKASA akan melonjak dan kononnya Ibrahim Ali akan mendapat apa jua kuasa di tangannya.

Perspektif apa ini? Jika disorot secara mendalam, apa yang dinyatakan oleh Sin Chew Daily itu sebenarnya bertujuan untuk menakutkan bukan Melayu, walhal PERKASA tidak lain daripada sebuah badan kepentingan orang Melayu seperti badan-badan yang berkepentingan bukan Melayu juga.

Keghairahan parti-parti pembangkang menghentam PERKASA dan mengaitkan UMNO dengannya ialah strategi licik untuk meruntuhkan kredibiliti kedua-duanya dan menghapuskan persada perpaduan Melayu. Apabila PERKASA runtuh dan menarik bersamanya UMNO, apa lagi yang tinggal pada orang Melayu? Hanya gigi dan gusi.

Tohmahan, perlekehan, pembohongan dan pelbagai hasutan negatif terhadap PERKASA, UMNO dan badan-badan yang mempunyai aliran sama dengan mereka akan terus menjadi mangsa. Justeru itu, pucuk pimpinan pun akan terasa lemah dan tersungkur tidak mampu melawan kuasa logik songsang pembangkang ini, dan dengan itu akan terkuburlah segala bentuk pemangkin ke arah penyatuan orang Melayu.

Tidak salah untuk orang Melayu bersatu, seperti mana tidak salah bagi bukan Melayu berpersatuan dalam badan-badan berkepentingan kaum yang wujud sekarang ini. Bagaimanapun, yang menghairankan mengapa harus PERKASA dan UMNO disasarkan sebagai matlamat untuk dibinasakan?

Apakah segelintir pemimpin kanan dalam UMNO tidak menyedari hakikat ini dan memberi ruang kepada mereka?

3 comments:

Anonymous said...

Tactic use by the oposition for that matter including "yang sewaktu dengan nya" is the same as the west, labelling Perkasa racist. See how the west labels some one as a "terrorist".

Now you have EVERY CHINESE AND INDIAN (not forgetting some melayu) organization doing this.

Now even the ah-soh or ah-kow in some kampong will say Perkasa is racist.

Melayu like those mentioned in your blog unwittingly (or may be wittingly)is doing the same.

Politics no longer just "black and white".

Anonymous said...

Salam Bro,

Penyatuan dan perpaduan perlu dilihat dari sudut yang positif. Memandang aspek berkenaan sebagai remeh-temeh adalah seakan-akan mahukan manusia hidup secara berasingan dan bersendiri-sendirian. Keinginan untuk bersatu dan berpadu dalam semua aspek (ekonomi, ketenteraan dan kenegaraan) adalah keinginan yang baik dan dapat membantu manusia memanfaatkan semaksima mungkin apa yang melata di atas muka bumi. Sebaliknya mereka yang menolak elemen perpaduan adalah golongan yang sombong, bongkak dan pentingkan diri sendiri.

Usaha ke arah penyekutuan, perpaduan dan penyatuan dalam kalangan manusia bukanlah usaha baru. Makanya, muncullah istilah puak, geng, klik, kumpulan, persatuan, kesatuan, kroni, organisasi dsbnya. Antara usaha yang terbesar dan berjaya dalam konteks perpaduan dan kesatuan adalah kelahiran nama-nama besar dan gah seperti Kesatuan Eropah, Kesatuan Amerika Latin, Kesatuan Soviet, United States, Kesatuan Arab dan United Nations.

Umumnya manusia percaya hanya dengan bersatu dan bekerjasama mereka dapat mengharungi cabaran, menguasai keadaan dan mencipta kejayaan. Kalau satu masa dulu, tanpa adanya penyatuan, ruang dan laluan untuk penjajahan telah dibuka seluas-luasnya. Bertitik tolak dari pengalaman yang lampau maka perpaduan dan penyatuan amat diperlukan kini supaya sejarah yang sama (kolonialisasi) tidak akan berulang.

Mengandaikan kalau dulunya masyarakat tidak bersatu maka tidak ada sebab sekarang ini masyarakat juga tidak perlu bersatu adalah andaian yang serong. Pengandainya mungkin berasakan status yang ada (tidak bersatu/ tidak berpadu) akan memberi keuntungan kepada dirinya. Kalau di satu penjuru dunia sedang berlumba-lumba memilih rakan untuk bersekutu, masakan pula gesaan agar perpaduan itu dianggap tidak perlu (yang dilontarkan di penjuru sebelah sini) mahu diterima sebagai cadangan yang waras?

Manusia perlukan kekuatan bagi menghadapi pelbagai ancaman. Dan oleh kerana sukar bagi manusia mencapai sasaran kalau bersendirian makanya mereka perlu bekerjasama bagi membina tamadun. Manusia gua juga faham bahawa dengan bersatu mereka boleh mendapatkan lebih banyak kekuatan dan akhirnya dengan kekuatan tersebut dapatlah ia digunakan untuk mendapatkan lebih banyak bahan untuk keperluan kehidupan.

hakikatnya, manusia tidak dilahirkan dengan ciri-ciri luaran dan dalaman yang sama. Perbezaan dalaman dan luaran manusia bukanlah sebab untuk manusia menolak antara satu sama lain. Manusia perlu menggunakan perbezaan ini untuk kebaikan. Dengan bekerjasama manusia dapat meningkatkan keupayaan fizikal dan intelektual. Manusia yang kuat dapat mengatasi banyak cabaran. Kalau serangga seperti semut faham makna bersatu kenapa manusia harus buat-buat tidak faham?

Oleh itu adalah jelas bahawa konsep bersatu dan berpadu adalah konsep yang baik. Untuk menyatukan manusia, tembok penghalang perlu diruntuhkan. Meningkatkan perasaan saling percaya mempercayai dan mengurangkan syak wasangka adalah pra syarat utama kearah melahirkan masyarakat yang bersatu lagi berpadu. Namun, rambut manusia tidak semuanya hitam dn begitu juga dengan hatinya. Hati yang hitam akan sentiasa ada dalam kalangan manusia! Meskipun dalam hati tidak siapa yang tahu, itu bukanlah penghalang besar untuk manusia bersangka baik antara satu sama lain.

Bronson

Muhammad said...

Jadual Majlis-majlis Haul Imam Al Haddad 2010Majlis2 Haul 2010
Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

Tarikh

Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)

09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

Zon Sentral

15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

18 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan

Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

Dikirim dalam Majlis Ilmu | Label: 1431h, akad, Ampang, ceramah haul, dakwah, habib Hasan, Habib Umar, Habib Umar Bin Hafiz, Habib Zein, Hari majlis haul 2010, haul 1431h, haul 2010, Imam al haddad, Jalan Damai, jalan hang tuah, kasih, majlis haul, Majlis Haul Imam Al Haddad, Majlis Ilmu, MASJID AL-FALAH, Masjid Baitul Aman, masjid bukhary, qasidah, sambutan

LAIN-LAIN MAJLIS ILMU :

Majlis Haul Di Taman Melati, Esok : http://wp.me/piAx4-2Z6

KUNJUNGA HABIB UMAR BEN HAFIZ KE MALAYSIA : http://wp.me/piAx4-2Wu

MAJLIS JAMUAN AIDUL FITRI MAF : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/10/01/majlis-jamuan-aidul-fitri-maf/

Majlis Bersama Ulama: Al-Habib Kadzim bin Ja'far as-Seggaf : http://wp.me/piAx4-2Zh