Wednesday, September 29, 2010

Siapa menteri ni? Namewee ke Nazri?



Lihat bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz hampir terperangkap diguna dan ditunggangi oleh si Namewee tu.

Menyedari yang Namewee sebenarnya ingin mengundang menteri itu sebagai "endorsement" untuk pelancaran album rapnya, pejabat Nazri lintang pukang membatalkan kehadiran boss mereka.

Helah yang digunakan Namewee menjemput Nazri kononnya untuk membincangkan konsep 1Malaysia dan juga memohon maaf kepada PM Dato' Seri Najib secara terbuka.Membincang 1 Malaysia? Siapa menteri ni? Namewee ke Nazri?

Biadab sungguh si Namewee ini hingga sanggup memperalat dan memperbodohkan seorang pemimpin negara.

Nazri pula, inilah akibatnya bila terlalu taksub cuba mempertahankan pemahaman konsep 1Malaysianya yang ketara terbabas daripada pengertian dalam konteks Melayu.

Sekarang apa dah jadi? Sampai diperalat dan dikudakan. Dulu dia juga yang nak jadi hero Malaya menyelamatkan gadis dari China yang kononnya di suruh buat ketuk ketampi oleh polis. Bagaimana pun tuduhan si Nazri terbabas juga kerana gadis yang dimangsakan tu kebetulan orang Malaysia!

Malu jugak Malaysia sebab terpaksa hantar seorang menteri ke China untuk memohon maaf.

Itu pun pucuk pimpinan masih tak sedar betapa Nazri ini begitu juling mata hatinya sebagai pemimpin negara.

No comments: