Monday, September 20, 2010

Nik Aziz malu mengaku Melayu



Berikutan kenyataan kepada media di Kota Baru Sabtu lalu yang dia malu mengaku Melayu, Nik Aziz sememangnya tidak memahami maksud perpaduan Melayu.

Jelas kini apa yang sebenarnya difahami oleh Mursidyidul Am PAS itu mengenai perpaduan Melayu atau konsep 'ketuanan' yg dilaungkan telah terbabas jauh ke wilayah negatif.

Tafsirannya begitu simpilistik dan cetek, sekadar memahaminya sebagai bangsa Melayu lebih tinggi daripada bangsa lain. Itu bukan pengertian sebenar. Hakikat laungan orang Melayu ialah supaya usaha membantu bangsa Melayu perlu berdasarkan kepada polisi pemeliharaan hak Melayu seperti yang terpahat pada Perlembagaan bagi memastikan mereka tidak mudah diperlekeh dan tercicir dalam berusaha meraih kekayaan ekonomi di negara ini.

Berdasarkan kejahilannya, Nik Aziz sanggup berkata dia tidak berbangga dilahirkan sebagai Melayu.

Realitinya Nik Aziz masih orang Melayu. Keruntuhan sesuatu bangsa, tamadun atau keluarga berlaku apabila seseorang itu malu menerima hakikat identitinya, lantaran menolaknya dan secara membuta menerima budaya dan tamadun asing.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan

Tok guru malu mengaku melayu sebab sebenor benornya dia sudah LAYU!

wawa

JayBosS said...

Salaam Bro!
Apabila seseorang itu diuji, bakal menduduki putra jaya, keghairahannya melampaui batas, lalu Pak Kadok pun terlupalah asal usulnya...bangsanya menang, agamanya tergadai... Bangsa apa? BangsaT adale! Bangsa Melayu, sape yang kenal melayu, Ultra Kiasu juga dok perintah kite...guano mu... kito jugo Pencacai Angkut Sampah! Ini Cobaannya!