Monday, September 27, 2010

Nazri perlu tutup mulut


Bukankah lebih baik bagi Nazri Aziz meluahkan pandangan dan perasaannya terhadap PERKASA atau apa jua usaha untuk menyatukan Melayu dalam forum yang lebih sesuai daripada di media arus perdana?

Apa yang dilakukannya sejak beberapa hari kebelakangan ini dilihat sebagai pendirian murahan bagi seorang menteri dalam UMNO/BN, apatah lagi bagi seorang peguam?

Dah mereng ke dia ni hinggakan sanggup menyalakan api pada atap rumah orang Melayu?

Perkasa atau kumpulan-kumpulan Melayu bersayap kanan yang lain bukannya tidak memahami atau menerima hakikat disebalik slogan 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib. Mereka menyokong penuh hasratnya itu, tetapi apa yang mereka pertahankan sebagai sebuah NGO ialah supaya Melayu sedar, tanpa sebarang jaminan mantap, masyarakat Melayu perlu sentiasa berhati-hati dan memperkuatkan pertalian dengan identiti Melayu sebenar.

Melayu masih Melayu seperti juga Cina dan India masih kuat berpegang kepada identiti kaum masing-masing. Tetapi yang menghairankan kini mengapa hanya Melayu yang dilihat sebagai rasis?

1 comment:

dzimba said...

nazri layak diludah