Wednesday, September 15, 2010

Minta PM namakan siapa yang dimaksudkan sebagai puak pelampau...


PM Tentang Sekeras-Kerasnya Perlakuan Puak Pelampau Di Negara Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menentang sekeras-kerasnya perlakuan puak-puak pelampau yang terdiri daripada kumpulan atau individu yang mempercayai pada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain.

"Saya berasa sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi.

"Apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini," katanya di dalam entri terbaru bertajuk "Perjuangan Kita Terhadap Faham Pelampau" dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini.


Lenggong Valley amat bersetuju dengan kenyataan DS Najib tu, tetapi untuk mempercepatkan dasar 1Malaysia yang diterajuinya, dia perlu dengan berani menyatakan siapa yang dimaksudkan sebagai puak pelampau...