Thursday, September 2, 2010

Mereka mengaku pendatang...



Mereka pendatang di Amerika, tetapi walaupun kini sudah menjadi warga Amerika sejak berketurunan, mereka masih membuat penyataan bahawa mereka sebagai muslim di Amerika tidak berniat untuk mengambil alih negara tersebut.

Jika mereka boleh berbuat demikian tanpa menjejaskan taraf sebagai rakyat yang setia, mengapa harus kaum tertentu di negara lain berasa marah dengan label 'pendatang?' Bukankah ia satu fakta yang tidak dapat dinafikan?

Penyataan berkenaan dibuat oleh kumpulan "My faith My voice' berikutan bantahan rakyat Amerika daripada kaum lain terhadap rancangan masyarakat Islam New York untuk mendirikan sebuah masjid berhampiran 'ground zero', tapak kemusnahan serangan bom pengganas September 11.

No comments: