Tuesday, September 21, 2010

"Geno si Nazri ini?" kata orang Lenggong


Apakah Nazri Aziz memahami apakah sebenarnya wadah perjuangan UMNO yang juga disuarakan dengan lantang oleh PERKASA?

Apabila dia mendabik dada menjawab kepada Utusan Malaysia konnonya dia 'rakyat Malaysia dulu dan orang Melayu kemudian,' timbul pelbagai keraguan apa sebenarnya prinsip yang dipegangnya sebagai pemimpin Melayu?

Dia sendiri, sebagai tokoh UMNO pun dinaikkan melalui persada dan pemangkin Melayu tersebut. Ini tidak dapat dinafikan. Kalau begitu kaedahnya bukankah seharusnya dia terus berdiri di atas premis Melayu - tanpa berbelah bagi? Ia tidak bermakna apabila berbuat demikian dia rasis - istilah yang amat berbeza daripada 'sifat perkauman berteraskan diskriminasi.'

BN ialah lapangan dan pemangkin 1Malaysia di mana parti-parti komponen yang masing-masing memegang kepada kepentingan kaum dan bangsa berkompromi dan merumus hala tuju berdasarkan apa yang dipersetujui kerajaan hari ini.Perspektif yang sama juga dikongsi oleh badan-badan lain seperti Makkal Sakti, Hindraf, Hua Zong dan sebagainya.Sebagai organisasi, parti atau badan yang mempunyai agenda spesifik bagi kepentingan hak bangsa dan kaum, sememangnya masing-masing mudah dilihat sebagai ektremis. Itu rasionalnya, bukan begitu?

Bukan dalam arena sosio-politik saja, di luar sana pun ekstremisme dan agenda melampau tidak terkecuali...seperti yang kita lihat pada perjuangan pertubuhan Greenpeace, umpamanya.

Oleh itu, jika Nazri ingin menjadi hero dan 'play to the gallery' sebagai pemimpin yang gemar dengan pendirian populis, bukankah lebih baik dia menjadi anggota PKR? Untuk masuk DAP mungkin tak sesuai sebab DAP sebenarnya parti 'musang berbulu ayam' yang juga bergerak di atas premis populis untuk memecah belahkan negara dan mengisi kekosongan apabila tanah air kita ini dicengkam pelbagai dilema.

Pendirian dan sikap Nazri sejak kebelakangan begitu mengelirukan rakan-rakan sekampung di Lenggong dan kawasannya sendiri, iaitu Padang Rengas.Apa dah jadi dengan si Nazri ni?

3 comments:

Anonymous said...

Out you go and join PKR.UMNO is 'Malay Party"Nyah lah ke Parti Malaysia dahulu iaitu PKR.YB tak layak jadi menteri dalam kabinet.

JayBosS said...

Lantang dan lancang dia bertempik...
Apa apa pun lantakkkk....lah!
Dua ry dalam skodengan... sebenornya DUa RI dalam UMNO tu, dok skodeng PoKeR ada tempat ke tidak, PAS boleh bagi 1Bilion tak? 1Malaysia boleh bagi penampor + sepak penalty + BENDERA = Besok bila dah mati boleh pegang bendela!
Hari ini DUa RI bukan main cocok bikin sakit punggung, nanti bila dah tua, dah kalah PoKeR, baru padan muka dia! Macam Tun Mahathir, sape pun tak respek lagi, tapi aku tetap anggap Tun Mahathir Seorang Negarawan.....

Anonymous said...

dia minum todi byk sgt. tu yg dh tak tentu hala. lupa dia naik pun atas tiket melayu. kot dia baru sedar yg dia bukan melayu kot. anak pun sakan mcm org barat.

tak lama le tu...pengundi Pdg Rengas akan ajar dia le nnt tu baru sedar ke diri kot....lama sgt dah dia meracau meraban tahap gaban.....