Saturday, September 4, 2010

Ahli Parlimen DAP Serdang menggugat lagi...



Teo Nie Ching di Surau Tholabiah, Kajang semalam

Mungkin dia sengaja mahukan supaya blogger-blogger Melayu memberikan reaksi. Betul tu, inilah reaksi Lenggong Valley...

Belum reda episod kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mencetuskan kemarahan orang Melayu kerana kebiadaban memasuki surau tanpa metutup aurat dan memberikan takzirah, tercetus satu lagi kontroversi yang agak serupa.

Tak serik dengan kemurkaan DYMM Sultan Selangor di atas tindakannya itu, semalam dia membuat satu lagi kunjungan ke sebuah surau. Kali ini ke surau Tholabiah di Kampung Paya,Sungai Ramal Luar,Kajang. Tetapi kali ini memakai baju kurung dengan hanya bertudung separuh kepala. Kenapa separuh kepala? Nampak sangat seolah-olah cuba menemplak atau menyindir tindakan seorang isteri pemimpin Melayu yang dikatakan berpakaian sedemikian tidak lama dulu.

Mungkin si Teo ni dah di 'brief' oleh penasihat dan pakar strategi 'psywar' dalam pakatan Rakyat supaya sengaja berbuat demikian untuk mencabar orang Melayu secara halus. Bagaimana pun, jawatankuasa surau Tholabiah tidak sedar apa yang dilakukan dan hanya tersenyum lebar menyambut ketibaan si Teo ni.

Apabila ditanya oleh ahli surau bila dia nak memeluk Islam, dia sekadar senyum seribu makna. Dia selanjutnya berkata apabila dia mengunjungi surau, kawan-kawannya yang bukan Islam melahirkan kebimbangan dia akan dipaksa atau di 'ilmukan' melalui syihir untuk memeluk Islam.

Sambil berkata dia tidak berasa tertekan dengan soalan tersebut, dia kemudian menambah "saya yakin penuh dengan agama sendiri (kristian), dan jika saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan saya kepada Jesus boleh dikalahkan oleh ilmu sihir?"

Sejak bila pula Islam membenarkan sihir untuk mengislamkan seseorang atau berdakwah? Premis ini jelas menunjukkan betapa serong dan sempitnya perspektif bukan Melayu seperti Teo terhadap agama Islam, apabila membayangkan demikian.

8 comments:

Anonymous said...

Saudara Lenggong Valley,

Sedih saya melihat kaum-kaum bapa duduk di lantai mendengar ceramah orang pompuan dan pompuan itu bukan Islam pulak. Jatuh betul maruah orang lelaki!

Kami wanita Islam begitulah menghormati kaum bapa yang kami anggap sebagai pemimpin. Semua perkara, didahulukan orang lelaki. Nasi masak terlebih dahulu di hidang kepada lelaki kemudian barulah anak-anak dan kaum ibu.

Apalah ke bebalnya lelaki akhir zaman yang begitu 'memerlukan' amanat kaum wanita, wanita kafir pulak tu! Mereka menjatuhkan martabat mereka sendiri dan bukan orang lain!

Warga setia

Lenggong Valley said...

Anon 2.40,

Saya pun takjub jugak dgn sikap mereka ni...

Anonymous said...

heeyy manusia ini doonia ostat yang punyaa.....sepatutnya ostat yag bagi taszkirah pada cek mek molek nih...siapa tarbiah siapa sekarang nih....

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

Heeeeee kan ke puak2 pas ni terlebih makan ubat kuat untuk lelaki yang baik di iklan kat haramkah.Dia orang suka la bila betina tu bercerita kat depan boleh charge bateri masing2 balik kerumah is3 jadi mangsa muehehehehe.

Anonymous said...

Bukan takjub, tapi pelik melihat lelaki yang bertafakkur melihat Teoh Nie Ching memberi tazkirah dalam surau mereka.

Kenapaaa...? atas Titah DYMM Sultan Selangor tiada penguatkuasaan kah untuk menghalang tindak tanduk orang macam Nie Ching nihhh..?. Kita mahu Nie Ching hormati titah Kebawah DYMM Tuanku Sultan. HENTIKAN PERBUATAN YANG MEMURKAKAN TUANKU....

Inilah buktinya bahawa Jawatankuas surau Tholabiah Kg Paya, Sg Limau, Kajang pun, adalah Jawatankuasa yang mendurhaka kapada DYMM Sultan Selangor.

DI MANA KEAGUNGAN SULTAN KAPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR?.

Anonymous said...

Maaf cakaplah ~lelaki zaman ini mmg ada yg dah bacul (walaupun segelintir bilangannya)....makan hasil bini, bini diliwat dan dizina oleh lelaki lain pun masih bole senyum dan sekarang ditarbiah pulak oleh betina kafir harbi pun masih bole terima..thus..apalagi yg tinggal dan diharapkan dari jenis species lelaki yg sedemikian???

siberangan said...

"Apabila memasuki surau, kawan-kawannya yang bukan Islam melahirkan kebimbangan dia akan dipaksa atau di 'ilmukan' melalui syihir memeluk Islam". Itu kata Teo Nie Ching

"Saya yakin penuh agama sendiri (kristian), dan saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan kapada Jesus boleh dikalahkan oleh ilmu sihir?".

LIHAT DAN RENUNG...!!! Teo Nie Ching yang kuat berpegang kapada Jesus (kristian) nya. Hingga dia menganggap bahawa, semua orang yang memeluk agama Islam dengan diILMUSYIHIRkan terlebih dahulu kemudian memeluk Islam.

Kenapa hingga sampai begini kurang ajarnya Teo Nie Ching menghina pemeluk Islam?. Kemana dan apa yang MAIS buat dengan anggapan hina ini?. Anggapan ini amat berat
dan lebih kotor dari kebiadabannya berpakaian tidak sopan dia bertazkirah ditempat Imam di Surau yang dihadzirinya terdahulu.

Kita mahu Dr Redzuan Tee menulis dalam akhbar tempatan atau diblognya tentang kenyataan Teo Nie Ching mengenai 'BAWA ORANG BUKAN ISLAM MEMELUK ISLAM MESTI DIILMUSYIHIRKAN TERLEBIH DAHULU'.

Dan, kita juga mahu MAIS bertindak dengan lebih agressif/tegas keatas Teo Nie Ching ini kerana kenyataan menghina itu.

Anonymous said...

Memang banyak orang datang ka masjid untok melakukan solat. Tapi jangan lupa yang ilmu2 mereka tidak sama di antara satu sma lain.
Begitu juga dengan mereka2 yang berada di surau waktu gambar ini di petik. Nasib baik pompuan nie tak di berikan kerusi untok dudok waktu berbicara....kalau tidak... tak tahu apa nak cakap.