Thursday, August 12, 2010

Rakyat Malaysia, tapi cakap Bahasa Malaysia pun haram tak boleh...


Ramai bukan Melayu lantang mendesak diterima sebagai rakyat Malaysia jati dan patriot, tetapi ramai juga yang langsung sepatah haram tak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia. Saya sengaja tidak mahu menggunakan istilah Bahasa Melayu kerana mereka begitu mudah melemparkan tuduhan 'rasis'jika berbuat demikian).

Bukan saja yang buta huruf, golongan tua konservatif atau pun mereka yang terlalu kaya harta sehingga berasa tidak perlu belajar bertutur dalam Bahasa Malaysia kerana berpendidikan luar negara atau menganggap Bahasa Malaysia sebagai jauh lebih hina berbanding status mereka yang kononya berjaya. Bagi kumpulan terakhir ini, jika pun perlu berhubung dalam Bahasa Malaysia, disuruhnya si pegawai khas, setiausaha, pengawal peribadi atau pemandu untuk melakukannya. Begitu tebal pautan kasta dan diskriminasi dalam diri mereka terhadap orang Melayu dan apa saja yang berbaur Melayu, walaupun hakikatnya mereka meraih kekayaan di sini, menghirup udara Malaysia, meminum air Malaysia, dan macam-macam lagi.

Kepada kumpulan ini dan mereka yang mahukan kesaksamaan (yang tidak mungkin berlaku), cerminkanlah diri sendiri dulu sebelum terus membuta mendesak mahukan itu dan ini.

No comments: