Sunday, August 29, 2010

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...



Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.

Setelah DAP sendiri dikejutkan dengan anjakan kemenangan yang tidak diduga pada PRU12 2008, ramai pemimpinnya naik tocang (dah ada tocang balik sebagai mana keturunan mereka mula tiba di Tanah Melayu dulu) dan bertindak melulu.

Begitu banyak hasutan mereka yang ditelan bulat-bulat oleh sesetengah orang Melayu hingga sanggup mengenepikan identiti bangsa, agama dan negara.Dan dengan sokongan si Anwar Ibrahim dan konco-konconya, semakin naik minyak orang DAP hingga menyebabkan tidak kurang ramai orang Melayu terjebak dek hasutan mereka yang dikaburkan di sebalik prinsip kebebasan tanpa had dan liberalisme.

Liberalisme dan demokrasi 'baru' yang mereka laungkan begitu mudah menyebabkan mereka lupa diri hingga sanggup menderhaka kepada raja, membelakangkan kesucian agama Islam dan memperlekehkan bangsa Melayu sendiri.

Kecetekan pengetahuan mengenai Melayu dan Islam di kalangan orang cina terutama DAP kini membawa kepada sikap biadab apabila orang Melayu/Islam sendiri memberikan lampu hijau kepada mereka.

Antara contoh terbaru apabila sekumpulan samseng remaja Cina melempar cat ke sebuah surau...apabila ADUN DAP Serdang MP Teo Nie Ching dengan rakus dan biadab muncul di sebuah surau tanpa bertudung aurat dan berkebaya ketat dan diterima pula oleh ahli jawatankuasa masjid...apabila peguam bukan Islam berani mencabar undang-undang supaya diterima masuk sebagai peguam syariah, dan macam-macam lagi.

Dan terbaru dalam akhbar The Star hari ini muncul satu lagi kebiadaban apabila rangkaian syarikat karaoke Red Box mengeluarkan iklan "salam ramadan" sambil menawarkan pakej berbuka puasa dengan berkaraoke dan berparti dari 11 ogos hingga malam Hari Raya Aidil Fitri pada harga RM65++.

Mereka sanggup melakukan apa saja untuk meraih keuntungan walaupun dengan memperalatkan kesucian Ramadan.Di akhbar yang sama juga dipaparkan berita mempromosikan syarikat Insurans Tune Money Sdn Bhd mengambil kesempatan menawarkan skim perlindungan insuran Tune Raya Takaful bagi perlindungan orang Melayu/Islam yang balik kampung untuk berhari raya di mana RM2500 daripada jumlah pampasan (jika mati dalam perjalanan atau mungkin apabila beraya sampai mati) akan digunakan untuk upah haji melalui TH Travel, sebuah anak syarikat Tabung Haji.

Persoalannya di sini macam mana Tabung Haji sendiri berjaya ditarik menyertai skim tersebut. Apakah bahagian penganalisis badan haji itu tidak menyelidik dengan mendalam hakikat sebenar di sebalik skim 'perlindungan' insurans berkenaan, atau betapa keterlaluan sekali statistik kemalangan maut ketika musim raya digunakan sebagai peluang untuk meraih keuntungan.

No comments: