Thursday, August 19, 2010

Mengapa Karpal jadi ketua peguambela Anwar walaupun dulu dia tuduh anak guamnya peliwat

Tertarik saya dengan satu post dalam AnwarAIDC yang bertanya mengapa si Karpal Singh kini menjadi ketua pasukan peguambela Anwar walaupun dulu dia pernah berkata Anwar seorang peliwat.

Ha, itulah kepincangan undang-undang yang berasaskan sistem Common Law British - sistem yang hanya berpandukan kepada realiti duniawi, yang kita masih memegang erat di Malaysia.

Dalam sistem perundangan sebegini, perspektif atau pegangan seseorang peguam tu tidak begitu relevan, walaupun dia pasti anak guamnya memang melakukan apa yang dituduh. Apa yang penting ialah wang...salah atau tak salah 'belakang kira...'

Tidak mengambilkira semua ini, tugas Karpal sebagai ketua peguambela ialah untuk berdalih dan 'spin' segala yang boleh tangkap muat, dan mencari sedaya upaya segala kelemahan pihak pendakwa untuk menggagalkan kes terhadap anak guamnya di atas sebab-sebab teknikal....itu saja.

No comments: