Sunday, August 22, 2010

Gugur nama Raja semasa khutbah antara proses membina sebuah republik


Pernah beberapa kali kita terdengar orang PAS berbincang kononnya ke arah merealisasikan sebuah negara Islam yang sebenar tiada siapa perlu disanjung dan tiada siapa berada di atas undang-undang2 samada dari segi peribadi atau pun dari segi rasmi. Mereka berkata tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut.

Justeru, berpandukan hal ini timbul persoalan dalam kancah dilema berhubung pengenepian nama Yang Dipertuan Agong dan digantikan dengan nama Ketua Menteri semasa membaca khutbah di beberapa buah masjid di Pulau Pinang. Nampaknya ia disengajakan, dan berpandukan bukti-bukti seperti ketaksuban PAS untuk mewujudkan negara Islam acuan sendiri, ketua agama negeri mesti disisih.

Sementara itu, bukankah logik juga dipersoalkan komponen-komponen lain dalam Pakatan Rakyat, seperti PKR dan DAP yang terang-terangan sememangnya mempunyai rancangan menjadikan Malaysia sebuah republik, lantaran di antara strategi yang perlu diambil ialah menghapuskan institusi Raja.

No comments: