Thursday, July 8, 2010

Zaid dah pandai guna taktik menakutkan orang



Zaid Ibrahim memberi amaran semasa di London kononnya Malaysia sedang menunjukkan bunga-bunga pemerintahan diktator fasis.

Mungkin ada pihak yang mengambil ringan kata-katanya itu, tetapi bagi sebahagian besar generasi muda yang mentah, bersikap radikal anti establishmen dan mereka yang taksub dengan pemikiran barat tanpa mengambil kira budaya dan sejarah setempat akan begitu mudah mempercayainya.

Di mana letaknya fasisme dan diktator yang dimaksudkan Zaid tu?

Hampir lima negeri di tangan Pakatan dan mereka masih bebas berekspresi. Ada pemimpin pembangkang dibunuh? Adakah mereka digantung oleh orang ramai di khalayak ramai seperti pernah berlaku di bawah pemerintahan fasisme Mussolini di Itali atau Nazisme di Jerman? Tidak.

Zaid sudah pandai menggunakan taktik gempar dan menakutkan audiensnya.

No comments: