Wednesday, July 7, 2010

Sekali lagi: Melayu bukan PAS semua kafir belaka?



Politik banyak bergantung kepada persepsi dan angka.

Ini bermakna apa yang penting ialah bagaimana menguasai atau memanipulasikan persepsi untuk memegang tampuk kuasa.

Jadi, sekiranya PAS telah memutuskan yang parti tersebut hanya boleh bertanding di 63 kerusi parlimen daripada sejumlah 222, bagaimana ikhtiarnya mensahihkan rancangan untuk mewakili majoriti Muslim dengan berkesan? Dan patutkah ia membenarkan para pengundi mempercayai propaganda tersebut tanpa menipu?

Apakah dengan ini juga mereka akan menganggap dan melabelkan orang Melayu di luar PAS sebagai kafir belaka?

No comments: