Friday, July 9, 2010

Satu kapal banyak nakhoda - tak kemana...



Mengapa agaknya Karpal Singh lantang membantah usul negara Islam PAS?

Takut? Sudah pasti kerana pada pandangannya selagi cadangan PAS itu tidak dilenyapkan sekarang, ia akan terus menjadi retak menunggu belah sekiranya Pakatan berjaya mendapat majoriti kelak.

Jika ini berlaku, pada Karpal ia payah ditangani kerana pegangan tradisi Melayu tidak mahu melanggar apa yang harus, lantaran Pakatan akan menghadapi risiko perpecahan. Walau macam mana sekali pun, DAP, PAS dan PKR masih memerlukan sokongan Melayu. Setakat cina dan india saja tidak mencukupi.

Berdasarkan ini media liberal dan pro-pakatan sudah mula menyebarkan pandangan kononnya Melayu berbelah bagi dalam isu negara Islam bagi menghasut dan mengelirukan orang ramai.

Bagi PAS pula menyimpan dan membelakangi apa yang diperjuangkan sekian lama satu beban berbahaya dalam rancangan untuk menapak ke Putrajaya.

Di penjuru lain, renungkan apa yang di lakukan PAS sekarang ini. Dah tau usul negara Islam tidak diterima, tapi masih bersekongkol dengan musuh.

Dalam konteks ini pepatah inggeris "adversity brings us together'" tidak boleh diterima pakai kerana yang perlu bersatu ialah UMNO dan PAS, demi Islam.

Kita tidak sempurna dan kehidupan ialah perjuangan dan pengajaran.

No comments: