Tuesday, July 20, 2010

PAS sebenarnya kapitalis


Orang Pakatan sendiri mengakui siapa PAS sebenarnya:

"...Kita harus sedar walau pun Pas mengakui parti Islam – ia tidak memiliki apa-apa makna hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengaku bermacam macam.

Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kuih bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas "yang akan", "yang telah" dan "yang sedang tewas" dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Si isteri menuntut berjuta ringgit. Ini kerana si isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah di sana dan tanah di sini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

...Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisme. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk kononnya menguruskan kapitalisme dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisme. Ini hakikat. Ini realpolitik.


-Petikan daripada post terbaru Hishamuddin Rais dalam Malaysia Today

No comments: