Wednesday, July 21, 2010

Mengapa bukan Islam kecam usaha perpaduan Melayu-Islam melalui UMNO dan PAS?

Sungguh pelik dan menghairankan apabila blogger ini melihat begitu banyak komen dan kritikan daripada pelbagai pihak di Internet, terutama yang bukan Melayu/Islam berhubung usaha perbincangan ke arah perpaduan orang Melayu/Islam.

Kritikan dan cemuhan itu meruncing lagi apabila tokoh-tokoh PAS seperti Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar bersungguh-sungguh menentang usaha tersebut berikutan saranan supaya Mufti Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria menjadi pengantara.

Tanpa melihat kepada kepentingan orang Melayu/Islam di Malaysia, Mahfuz seolah-olah buta mata dan hati kepada keadaan kerana hanya mahukan 'pendedahan' siapa yang dikatakan menghubungi UMNO bagi pihak PAS supaya di adakan perbincangan tersebut.

Bukankah baik diadakan perbincangan ini? Sekiranya di dalam pemikiran pemimpin PAS sudah wujud prasangka mengenai perkara ini, walhal ianya sesuatu yang mulia dan dituntut, apakah kaedahnya?

Dalam pergelutan dan polemik di sekitar isu ini, bukan Melayu/Islam kelihatan resah sekali. Mereka turut mengecam UMNO termasuk Harussani sendiri dengan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya UMNO 'desperate', terdesak dan tenggelam punca.

Jika diselami senario ini mereka yang mengecam usaha perpaduan tersebut sebenarnya takut Melayu akan bersatu, lantaran menyebabkan pelbagai agenda mereka untuk mengubah lanskap sosio-politik negara terkandas.

Di sini kita dapat mengesan apa sebenarnya hasrat mereka begitu ghairah mempromosikan idea-idea liberalisme di atas falsafah kebebasan dan demokrasi pincang.

Dilihat secara keseluruhan apa jadahnya bukan Melayu/Islam bersungguh-sungguh menentang usaha ke arah perpaduan ummah? Bukankah orang Melayu, tidak kira dari UMNO, PAS atau dari mana saja berhak dan bebas melakukan apa saja asalkan tidak terbabas melanggar undang-undang?

2 comments:

SSS Admin said...

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) amat berbangga dan berterima kasih di atas sokongan Tuan/Puan.

Kami percaya bahawa sokongan Tuan/Puan masih lagi berterusan walaupun kami dapati laman citra Tuan/Puan tidak lagi memaparkan logo SSS sebagai tanda sokongan. Walaupun begitu, kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih di atas sokongan Tuan/Puan selama ini.

Kami sedang mengemaskinikan senarai e-Patriot kami dan amat berharap sekiranya Tuan/Puan dapat menghubungi kami melalui emel ataupun meninggalkan catatan di laman SSS (halaman e-Patriot), secepat mungkin, sekiranya maklumat kami ini tersilap ataupun Tuan/Puan memaparkan semula logo SSS di laman citra Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

emel kami : satusekolah@gmail.com

laman web kami : http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

"SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA"

Admin SSS