Wednesday, June 2, 2010

Simpan 'tongkat' Melayu sampai bila?


Ada pendapat yang mengatakan dalam konteks subsidi, tongkat yang menonggak orang Melayu sewaktu DEB jangan dibuang, sebaliknya disimpan sementara.

Mungkin ini boleh dilakukan, tetapi yang membimbangkan apa impaknya kelak apabila di satu masa akan datang orang Melayu merasakan amat perlu diberi balik tongkat itu untuk digunakan?

Pada pendapat saya, dunia semakin progresif dan orang Melayu juga perlu menggarap selari rentak ini, justeru apabila sudah ditelan arus apa kaedahnya berhenti sejenak membuka almari untuk mendapatkan tongkat?

Bolehkah 'caveat' ini diselit pada pengstrukturan baru DEB?

Jika jawapannya negatif, lebih baik saja dikekalkan subsidi dengan perencanaan semula beberapa aspek supaya lebih selari dengan keperluan zaman.





No comments: