Monday, June 21, 2010

PAS takut hilang glamor ulamanya



Mengapa agaknya PAS seolah-olah bimbang dengan ura-ura bekas Mufti Perlis Ustaz Dr Asri Zainal Abidin akan menyertai lebih kurang 100 ulama lain untuk menjadi ahli UMNO?

Apa yang jelas timbul dalam pemikiran ramai berikutan "peringatan" ketua perhubungan PAS Idris Ahmad kononnya Dr Asri akan diketepikan tidak berasas. Tiada tempat untuk ulama dalam UMNO? Apa asas kenyataannya itu?

Lagi pelik apabila Anwar Ibrahim juga dianggap sebagai ulama apabila memasuki UMNO dulu.

Sebenarnya, bukannya PAS bimbang tentang kebajikan Dr Asri, tetapi sebaliknya mereka bimbang kedudukan PAS sebagai parti politik payungan ramai ulama konservatif tergugat...tu saja.

No comments: