Thursday, June 24, 2010

Masih tak percaya MB Selangor tiada keupayaan utk mentadbir negeri tu?

Masih tak percaya MB Selangor tiada keupayaan utk mentadbir Selangor?
...dan terbaru 15 Ahli Parlimen PKR yang rapat dengan Azmin Ali kini bersekongkol untuk mengusir Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Azmin dikatakan memulakan komplot tersebut apabila meletak jawatan sebagai seorang pengarah PKNS kerana tidak puas hati dengan pelantikan Setiausaha Politik Baru Khalid, Faekah Husin.

Mengapa ya? Pelantikan Setiausaha politik selalunya berpandukan kemahuan si bos tu sendiri. Kalau dia rasa senang dengan seseorang dia lantiklah. Apa yang dipersoalkan? Ia bukan pelantikan rakyat.

Daripada situ kita dapat melihat agenda sebenar Azmin, yang masih kuat memperjuangkan misi peribadinya untuk menjadi MB Selangor. Jika dia berjaya pun taklah mendapat sorakkan ramai kerana dia sendiri pun tak terror sangat.

Moral cerita ni: ia menjelaskan lagi kebimbangan Zaid Ibrahim dan beberapa pemimpin kanan Pakatan yang merasakan PKR hanya menunggu detik untuk tersungkur.

No comments: