Thursday, June 17, 2010

Kenapa melompat?

Demi kebebasan dan liberalisme yang diperjuangkan Pakatan, larangan dan undang-undang menghalang wakil rakyat melompat keluar parti tidak perlu digubal. Dua perspektif boleh dikupas dalam isu ini, iaitu kebebasan si wakil rakyat berkenaan dan suara hati ('conscience).

Jika ada yang mengatakan tindakan tersebut membelakangi kehendak rakyat yang diwakili, apa pula dengan mandat yang diberikan kepadanya sebagai WAKIL rakyat untuk menentukan yang terbaik bagi kawasannya?

Seorang wakil rakyat bukan sekadar berperanan sebagai wakil kepada segala kehendak majoriti pemilihnya...apa pula dengan pengundi yang tidak menyokong perjuangan politiknya? Apakah dia akur dan sekali gus bersetuju dengan mereka? Hanya superman boleh berbuat demikian.

Secara dasarnya, si wakil rakyat perlu dibenarkan melompat keluar parti kerana tidak bersetuju dengan haluan dan perjuangan parti. Ini tindakan yang boleh diambil bagi menentukan dia sebagai wakil rakyat dapat membantu kawasan sendiri, dan di sinilah letaknya kriteria utama sebagai seorang wakil rakyat.

Elemen suara hati memainkan peranan positif atau negatif sekiranya dia berbuat demikian kerana keuntungan peribadi dan rasuah. Dalam keadaan ini, saya rasa sepatutnya dirujuk kepada mahkamah pilihanraya khas untuk menentukan kesahihan tindakannya. Jika ini tidak dilakukan ia bakal menjadi beban dan masalah besar kepada BN kemudian kelak.

Semuanya bergantung kepada keikhlasan dan integriti.

No comments: