Friday, June 11, 2010

Bangunan Parlimen Baru? Bukan ke Membazir?


Ketika kita terkapai-kapai untuk merasionalisasikan tentang pemotongan subsidi, menyusun semula cara hidup dan perbelanjaan kerana kos kehidupan yang semakin melonjak, tiba-tiba timbul pula cadangan untuk membina bangunan Parlimen  baru di Putrajaya dengan harga sekurang-kurangnya RM800 juta.

Siapalah pandai sangat memulakan usul tersebut? Ekonomi negara amat memerlukan supaya setiap sen mempunyai justifikasi, dan elakkan pembaziran, kini timbul pulak cadangan tersebut.

Apa salahnya di kekalkan bangunan sekarang dan jalankan kerja-kerja ubahsuai yang berkualiti? Bangunan usang berusia ratusan tahun boleh diperbaiki dan diubahsuai hingga dijadikan hotel/resort lima bintang, inikan pula bangunan yang dibina pada tahun 1962!

Atau mungkinkah ini akan menguntungkan pihak tertentu?

Daripada berbelanja tak menentu, apa kata ditangani masalah tempat letak kereta di Putrajaya - satu isu yang amatlah perlu selesaikan segera. Apa yang kita lihat sekarang ketidakcukupan ruang letak kereta untuk orang awam hinggakan menyukarkan kita untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Bukankah "...rakyat diutamakan antara laungan kita?..."

No comments: