Monday, June 28, 2010

Azmin rugi, Khalid malu...


Tiada siapa yang menang dalam penyusunan kepimpinan PKR di Selangor.

Jika ada yang menyangka Azmin meraih keuntungan, mereka masih di awangan, kerana pada dasarnya Azmin tidak juga diterima kerana selama ini begitu ramai yang memusuhinya.

Khalid pula jelas ditampar di khalayak ramai- sesuatu yang tidak sedap didengar bagi seorang ahli politik atau pun seorang pentaddbir. Realitinya ialah persepsi...dan dalam konteks kedua-duanya di posisi amat lemah...Azmin hanya menggali kubur sendiri sementara Khalid pula kini seperti harimau yang telah di kasi- besar tapi tiada taring.

Dalam keadaan ini, apabila pemimpin Melayu bercakaran, siapa yang bertepuk tangan dan menerkam memenuhi ruang? Pastinya DAP, seperti mana berlaku di Pulau Pinang.

No comments: