Wednesday, June 30, 2010

Anwar menyesal melukai hati sahabat-sahabat Zionisnya


Anwar berada di Washington dua hari minggu lepas, di mana dia banyak meluangkan masa menerangkan pendiriannya kepada sahabat lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Menurut akhbar The Washington Post (klik sini) Anwar menyesal menggunakan perkataan seperti "serangan Zionis," yang sering digunakan oleh para demagog seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.

Anwar berkata, "mengapa perlu saya menggunakan istilah-istilah tersebut jika ia hanya mencetuskan kekeliruan di kalangan para sahabat (khususnya Zionis dan yahudi Amerika)... saya perlu lebih berhati-hati..."

Komen Lenggong Valley:

Kan dah cakap tempoh hari betapa liciknya si Anwar bermain wayang. Dia merasakan isu anti-Zionis sesuai digunakan untuk memperjuangkan apa yang dianggap ketulusan hatinya sebagai pemimpin Islam, tetapi malangnya tersalah sasar dan terbabas hinggakan menaikkan kemarahan penyokong Zionisnya.

Dalam pada itu, sahabat akrabnya John Wolfowitz si penyembelih rakyat Iraq jelas membantu mententeramkan keadaan apabila berkata, " walaupun apa yag dilakukan Anwar itu salah, dia patut dimaafkan memandangkan tekanan yang dihadapi daripada segi peribadi dan politik...berikan dia ruang untuk bernafas."

No comments: