Tuesday, May 25, 2010

Vell Pari perlu tengok cermin dulu


Melampau apabila Vell Pari,anak lelaki tunggal Presiden "mangkaq" MIC Samy Vellu melulu menuduh UMNO mendalangi usaha untuk mendesak ayahnya melepaskan jawatan segera.

Taktik gerila murahan yang digunakannya itu untuk menyelamatkan dinasti Vellu kerana jika bermula dengan mengutuk pihak tertentu dari dalam masyarakat sendiri atau parti, akan terhakislah modal untuk membuktikan kononnya mereka mendapat sokongan mampat daripada seluruh kaum India. Justeru, paling mudah ialah dengan menuding jari kepada UMNO, apatah lagi dalam keadaan keterbukaan dan pendirian kerajaan pimpinan DS Najib yang semakin menatang kebajikan kaum India di bawah 1Malaysia.

Berpandukan kelantangan si Vell Pari ini maka semakin terbuktilah sikap bongkak sesetengah "tokoh" dalam MIC, yang sekaligus membuktikan pelbagai penyakit jiwa di dalam diri mereka.

("mangkaq", dalam istilah orang utara bererti duduk terlalu lama sehingga kulit jadi kematu!"


No comments: