Thursday, May 20, 2010

RPK terus melampau membakar sentimen kaum...


Dalam post terbarunya di laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) terus menghasut dan membakar angin perkauman untuk membinasakan fabrik masyarakat Malaysia secara menimbulkan anarki.

Dalam post tersebut dia menulis orang Cina bukannya memerlukan MCA, tetapi sebaliknya memerlukan Bruce Lee! Justeru dia memaparkan satu klip daripada salah sebuah filem icon Cina itu.

Pembaca dapat agak apa kesan pengaruh klip video Bruce Lee yang bergaduh apabila tidak dibenarkan masuk ke satu kawasan kerana papan tanda yang memaparkan "Orang Cina dan Anjing tidak dibenarkan masuk."

Memang melampau ini...PERKASA dan elemen-elemen ekstremis dalam UMNO pun tidak pernah berbuat demikian.

Fikir-fikirkanlah...

No comments: