Saturday, May 22, 2010

Republik & Demokrasi berbeza...



Hakikatnya, rata-rata Pakatan dan para penyokongnya impikan penubuhan sebuah republik sebagai menggantikan sistem yang ada sekarang.

Ini jelas apabila segala desakan membayangkan pengwujudan elemen-elemen republikanisme, lantaran timbul persoalan di benak kita ke mana arah dan masa depan raja-raja Melayu dan segala yang mempunyai kaitan dengannya?

Apabila dalam sistem republik wakil rakyat menentukan segala keputusan untuk rakyat, apa akan terjadi bila wakil-wakil dilantik itu membohongi rakyat dan segaja memperdaya rakyat mengenai pandangan mereka? Dan dalam pada itu mereka juga boleh dibeli oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan tertentu, lantaran menenggelamkan suara-suara rakyat.

Hakikatnya, republik dan demokrasi dua dunia yang amat berbeza...dalami pengetahuan mengenai kedua-dua sistem ini dan renungkan implikasi dan impaknya kepada Melayu dan dunia Melayu...


No comments: