Monday, May 24, 2010

Paradox percaturan isu judi dlm konteks Anwar


Kita masih ingat ketika Anwar Ibrahim kononnya memperjuangkan Islam menerusi ABIM sebagai Setiausaha Agung dari 1972 hingga 1974. Pelbagai cara digunakannya untuk menggugat establishmen dalam usaha melonjakkan dirinya sebagai pemimpin muda yang agresif dan proaktif - tidak kira walaupun di sebalik imej tersebut bermacam-macam lembaga hitam tersimpan hingga kini.

Kita masih ingat pendedahan oleh penulis Yahya Ismail bagaimana Anwar menerima wang imbuhan RM500,000 dari towkay konglomerat perjudian Genting. Berang dengan pendedahan tersebut Anwar mengancam akan mengemukakan saman terhadap Yahya, tetapi hingga ke hari ini semuanya senyap saja. Yahya lantaran mencabar Anwar bersumpah Al-Quran kononnya perkara tersebut tidak berlaku.

Tidak lama kemudian muncul Nallakarupan yang pernah menjadi Pengarah Perhubungan Awam syarikat judi Magnum dengan satu lagi kenyataan bahawa dia pernah memberi Anwar wang judi sebanyak RM60 juta!

Paradoks berlaku apabila kita mengimbas pendirian Anwar dalam ABIM dulu dan pendirian ABIM sekarang yang mengecam kerajaan membenarkan lesen baru perjudian sukan Piala Dunia 2010 kepada Berjaya yang dimiliki oleh jutawan Vincent Tan.


No comments: