Sunday, May 2, 2010

Kita masih menunggu penyataan telus berhubung Limbang


Ada sesuatu tak kena dengan kenyataan berhubung isu Limbang yang dibangkitkan semula sejak kebelakangan ini.

Blogger ini berasa sangsi dengan penyataan awal Petronas melalui 'spinmeister' terbaru syarikat petroliam kebangsaan tersebut Sheryl Stothard yang menurut blogger A Voice masih berkubu di Menara 1 Petronas hingga awal pagi ini dalam usaha mengeluarkan satu lagi kenyataan.

Apa yang nyata saya melihat 'spin' berita/kenyataan daripada pelbagai pihak sejak dua hari lalu amat licik dan bermotif untuk menimbulkan perpecahan di kalangan kem DS Najib, Tun M dan Petronas, dan selanjutnya menebar luas jala kesangsian dan syak di kalangan orang Melayu terhadap integriti dan kewibawaan kepimpinan bangsa Melayu sendiri.

Dengar khabar dalam isu terbaru ini, akhbar online The Malaysian Insider dan TV3 diperalatkan bagi mempromosi versi cerita daripada pihak-pihak yang kini masih berhutang maklumat dan penerangan secara telus kepada rakyat Malaysia.

Dan dalam pada itu ramai juga di antara pemerhati yang bimbang melihat ada pihak penyokong Melayu terlalu pantas mengecam Tun dan sebagainya...

1 comment:

org lenggong said...

hallo.
citer hal kat lenggong tak de ke?