Thursday, May 6, 2010

Hanya minda cetek mempersoalkan status isteri PM sbg Wanita Pertama


Ia bukan isu, lantaran tindakan mempersoalkan status isteri Perdana Menteri sebagai Wanita Pertama (First Lady) satu tindakan yang cetek dan hanya memperbodohkan mereka yang membuatnya.

Gelaran Wanita Pertama mula diguna di Amerika Syarikat sebagai gelaran tidak rasmi isteri seorang Gabenor atau Datuk Bandar dan kini lebih popular digunakan bagi menggelar isteri Presiden. Konvensyen atau peradaban kontemporari itu justeru menjadi popular di serata dunia bagi isteri-isteri Presiden dan Perdana Menteri.

Oleh yang demikian cemuhan sesetengah pihak yang menganggap gelaran Wanita Pertama yang disandang oleh DS Rosmah sebagai membelakangi perlembagaan tidak tepat sama sekali kerana digunakan bagi isteri kepada ketua-ketua negara yang dipilih melalui proses pilihanraya demokratik, sementara Permaisuri Agong pula isteri kepada raja (DYMM yang Dipertuan Agong), iaitu pemerintah monarki yang menjadi sebahagian daripada komponen sistem parlimen berdemokrasi di Malaysia.

Walaupun ini boleh dianggap sebagai isu picisan, namun kecetekan dan kebodohan mereka yang membuatnya tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh mengelirukan rakyat.




No comments: